2018年11月11日星期日

Kepentingan Tulisan Jawi Pada Masa Kini

Di Tanah Melayu dan juga Malaysia, tulisan Jawi sudah menjadi satu tulisan yang semakin berkembang dan juga lebih pesat daripada tulisan Rumi. Dalam generasi teknologi maklumat yang semakin pesat ini kepentingan tulisan jawi dilatari dengan kewajipan mempelajari sebagai ilmu agama yang dituntut oleh setiap penganutnya. Dengan ini tulisan ini juga telah menarik banyak pengikut dan penggemar oleh kalangan yang bukan Islam.
Dalam Pendidikan Islam di sekolah-sekolah Malaysia terutamanya dalam pembelajaran al-Quran sangat diutamakan kerana matlamat pelajaran Jawi adalah untuk melengkapkan pelajar dengan kemahairan menulis dan membaca Jawi serta membolehkan pelajar memahami bidang ilmu yang selain daripada subjek yang dipelajari biasa. Pembelajaran ini amat harus dipupuk dari masa kecil.
Tulisan jawi juga menjadi lambang kesenian dan identiti umat Islam sendiri. Agama Islam itu sendiri sama dengan tulisan Jawi kerana kitab al-Quran, kitab-kitab agama dan hadis-hadis yang menjadi panduan hidup umat Islam bertulis dalam tulisan Jawi. Tulisan Jawi sebenarnya merupakan sistem ejaan atau tulisan yang tersendirian yang ditulis dengan cepat dan tepat.
Dalam masyarakat teknologi maklumat pada masa kini tulisan Jawi telah menjadi sejenis seni dan kemahiran dengan melentur dan menggayakan kreativiti masing-masing menjadi tulisan kaligrafi yang cantik. Hasil kaligrafi dapat dijadikan bahan pameran dan juga keuntungan kepada seseorang individu.
Tulisan Jawi haruslah dipentingkan dan dikembangkan kerana tulisan Jawi mempunyai nilai estetika yang tinggi, klasik dan unik. Namun, tulisan ini makin tidak difahami oleh generasi muda kini kerana kelemahan generasi muda dalam mempelajari tulisan jawi. Banyak golongan muda yang tidak boleh memahami isi yang terkandung dalam al-Quran dan ini akan menyebabkan akidah mereka goyah dan boleh membawa mereka terpesong. Guru-guru memainkan peranan yang penting terhadap apa yang berlaku ini dan perlu mempunyai kemahiran yang seadanya. Kepincangan semakin seirus kerana pihak yang bertanggungjawab memandang enteng tentang isu ini.
 Tulisan Jawi mempunyai kepentingan untuk menjalin hubungan silaturahim sesama sendiri dan sebagai bahasa yang ada kaitan yang unggul dan penting kepada jati diri dan unsur Islam yang mendasari kekuatan diri bangsa Melayu. Namun proses pembinaan jati diri bangsa Melayu dan hubungan baik antara bangsa di negara ini akan tercipta sendiri. 
Seni khat yang terdapat dalam tulisan Jawi terutama dalam pelbagai manuskrip Melayu dari zaman awal hingga abad ke-20 telah mengembangkan lagi tulisan Jawi. Kebanyakan manuskrip Melayu itu ditulis dalam bentuk khat gaya Naskhi yang dipengaruhi gaya Ta’liq, walaupun pada permulaan kemunculannya yang berbentuk gaya Thuluth yang terpengaruh dengan gaya Muhaqqaq dan Raihani. Pada penghujung abad ke-19 dan abad ke-20, kebanyakan karya dalam tulisan Jawi dicetak dengan mesin dan kebanyakan bentuk khatnya dalam gaya Nashki tetapi judul buku, tajuk, kepala halaman dan sebagainya ditulis dalam pelbagai gaya seperti Thuluth, Ta’liq, Dewani, Riq’ah dan lain-lain.
Tulisan jawi memainkan peranan yang amat penting dalam mendukung perjuang keislaman dan kemelayuan. Pendidikan juga telah berkembang dan telah disampaikan kepada orang-orang Melayu, khususnya generasi tua dahulu melalui tulisan Jawi. Malangnya, sistem pendidikan kebangsaan lebih memberi penekanan terhadap tulisan rumi dalam pengajaran dan ini akan meyebabkan kepupusan tulisan Jawi.
Tulisan jawi perlu dan wajib diperkasa semula kerana merupakan khazanah yang sangat bernilai untuk negara kita. Ramai yang menggunakan alasan kedominan bahasa Inggeris menjadikan halangan kepada masyarakat Melayu untuk tidak mempelajari tulisan Jawi.

没有评论:

发表评论

Lawatan Ke Tempat Tulisan Jawi