2018年11月11日星期日

Rumusan dan Cadangan

Tulisan jawi perlu diterapkan pada masa kini. Dalam dunia yang serba moden kini, hal yang dianggapkan bosan seperti ini perlulah disemai minat sejak dari kecil lagi. Oleh hal yang demikian wajarlah tulisan Jawi ini diajar, dilatih, dipupuk minatnya sejak bermulanya pendidikan seseorang itu. Melalui sistem pendidikan, menulis, mengingat konsep bagi tulisan Jawi boleh diserap dan menjadi subjek utama terutama dalam subjek di setiap sekolah. Teknik pembelajaran tulisan Jawi ini boleh dipelbagaikan sama seperti tulisan lain dengan cara seperti menghafal, menyanyi dan mempraktikkan dalam seni penulisan.
Dapat kita lihat juga tulisan Jawi dijadikan Bahasa Arab serta al-Quran yang menjadi bahasa syurga.
Tulisan Jawi juga boleh diserap masuk ke dalam sistem Pendidikan bahasa Melayu di sekolah kerana dapat menghapuskan pemikiran kolot manusia yang beranggapan bahawa tulisan Jawi merupakan bahasa agama Islam bagi bangsa Melayu sahaja.
Ibu bapa juga memainkan peranan yang sangat penting iaitu pendidikan seseorang itu haruslah bermula dari kecil di rumahnya kerana sekurang-kurangnya anak-anak mempunyai asas penulisan serta pengetahuan dalam membaca Jawi.
Tulisan Jawi ini juga perlu harus diajar di universiti. Hal ini kerana murid-murid seharusnya menguasai pelbagai jenis bahasa untuk digunakan pada masa hadapan dan bukan hanya mengenal dan menghafal sejenis tulisan sahaja.
Kerajaan juga boleh memaparkan tulisan jawi pada papan tanda di bahu jalan, banting-banting pengiklanan produk mahupun program selain daripada bahasa-bahasa lama kita selalu nampak iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

没有评论:

发表评论

Lawatan Ke Tempat Tulisan Jawi