Kepentingan Tulisan Jawi❤
2018年11月20日星期二
2018年11月11日星期日
Pengenalan Tulisan Jawi
Tulisan Jawi merupakan tulisan yang digunakan pada Batu Bersurat Terengganu yang menunjukkan iaitu pengaruh agama Islam di kawasan Tanah Melayu. Tulisan Jawi juga merupakan sejenis seni penulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara. Kemunculan tulisan jawi berkait dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal daripada tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan Jawi adalah tulisan rasmi bagi negara Brunei dan digunakan secara luas di Malaysia, Filipina dan Indonesia.
Tulisan Jawi merupakan antara tulisan terawal yang ditemui. Pada abad ke-17, tulisan Jawi berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh. Kewujudan tulisan ini di Malaysia dibuktikan adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang ditemui paling awal adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding dengan tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi untuk Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu. Pada zaman dahulu, tulisan jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat dan digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. Contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris.
Tulisan Jawi mempunyai ciri-ciri tertentu. Terdapat empat ciri utama yang terdapat pada Skrip Jawi iaitu tulisan ini bertindak secara menegak, ligatur, aksara-aksara berbaris atau mempunyai titik.
Aksara Jawi mempunyai 36 aksara dimana 30 aksara adalah merupakan aksara yang dipinjam dari Aksara Arab dan Enam Abjad tambahan.
Tokoh-tokoh Tulisan Jawi
Marsden telah memperkatakan tulisan Jawi dalam buku yang ditulisnya iaitu A Grammar of the Malayan Language London pada tahun 1812. Marsden telah menyebut tentang 28 abjad Arab yang sebenarnya 29. Abjad hamzah "ء" tidak diambil kira olehnya iaitu yang dipinjam oleh bahasa Melayu dan Marsden mencipta enam abjad baru yang termasuk "ذ" dan kemudian digugurkan. Marsden menghuraikan penggunaan setiap abjad dalam perkataan dan abjad-abjad itu dinamakan sebagai konsonan seperti dalam bahasa Arab Marsden, (1812:14).
Tokoh R.O. Winstedt telah memperkatakan ejaan Jawi pada tahun 1913 dalam buku Malay Grammar yang ditulisnya. Kajian Winstedt tentang ejaan ini jelas berasaskan kajian-kajian terdahulu, terutamanya yang dilakukan oleh Marsden (1812) dan Shellabear (1901). Oleh itu, tidak banyak perkara baru yang diperkatakannya kecuali tentang tiga teori yang berkaitan dengan penggunaan huruf saksi oleh tukang tulis Jawi yang berpendidikan Arab dan kemunculan penggunaan hamzah (Winstedt, 1913: 41-42). Selain ejaan Jawi, Winstedt juga telah memperkatakan ejaan Rumi Bahasa Melayu.
Raja Ali Haji ialah tokoh yang mula-mula di kalangan Melayu memperkatakan sistem ejaan Jawi seperti yang tercatat dalam tulisannya Bustan al-Katibin. Huraian Raja Ali Haji tentang ejaan Jawi, sebenarnya merupakan panduan untuk mengenal, menyebut dan menggunakannya dalam bentuk tulisan.
Tokoh Melayu seterusnya yang memperkatakan sistem tulisan Jawi ialah Muhammad Ibrahim, iaitu anak Abdullah Munshi, yang telah menerbitkan Kitab Pemimpin Johor pada tahun 1878 M. Buku ini juga merupakan panduan tentang kaedah ejaan Jawi.
Tokoh Melayu yang mula-mula menganalisis sistem ejaan Jawi dengan bersungguh-sungguh dari segi prinsip dan segala permasalahannya ialah Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba) dalam tulisannya yang bertajuk "Jawi Spelling" (JMBRAS, vol. IV, 1928, hlm. 80-104). Beliau telah memperkatakan tulisan Jawi dari segi sebab-sebab timbulnya ketidakseragaman ejaan, sistem pemvokalan dalam Jawi, sistem ejaan dalam suku kata terbuka dan tertutup, tekanan dan intonasi, kepanjangan perkembangan penggunaan abjad penggunaan abjad-abjad dan penyebutan serta pengejaan bunyi a pada akhir kata. Za’ba seterusnya menerbitkan buku Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi pada tahun 1949. Beliau juga telah membincangkan kaedah ejaan Jawi dan Rumi dalam buku nahunya yang termasyhur, iaitu Pelita Bahasa Melayu penggal I (1940).
Kepentingan Tulisan Jawi Pada Masa Kini
Di Tanah Melayu dan juga Malaysia, tulisan Jawi sudah menjadi satu tulisan yang semakin berkembang dan juga lebih pesat daripada tulisan Rumi. Dalam generasi teknologi maklumat yang semakin pesat ini kepentingan tulisan jawi dilatari dengan kewajipan mempelajari sebagai ilmu agama yang dituntut oleh setiap penganutnya. Dengan ini tulisan ini juga telah menarik banyak pengikut dan penggemar oleh kalangan yang bukan Islam.
Dalam Pendidikan Islam di sekolah-sekolah Malaysia terutamanya dalam pembelajaran al-Quran sangat diutamakan kerana matlamat pelajaran Jawi adalah untuk melengkapkan pelajar dengan kemahairan menulis dan membaca Jawi serta membolehkan pelajar memahami bidang ilmu yang selain daripada subjek yang dipelajari biasa. Pembelajaran ini amat harus dipupuk dari masa kecil.
Tulisan jawi juga menjadi lambang kesenian dan identiti umat Islam sendiri. Agama Islam itu sendiri sama dengan tulisan Jawi kerana kitab al-Quran, kitab-kitab agama dan hadis-hadis yang menjadi panduan hidup umat Islam bertulis dalam tulisan Jawi. Tulisan Jawi sebenarnya merupakan sistem ejaan atau tulisan yang tersendirian yang ditulis dengan cepat dan tepat.
Dalam masyarakat teknologi maklumat pada masa kini tulisan Jawi telah menjadi sejenis seni dan kemahiran dengan melentur dan menggayakan kreativiti masing-masing menjadi tulisan kaligrafi yang cantik. Hasil kaligrafi dapat dijadikan bahan pameran dan juga keuntungan kepada seseorang individu.
Tulisan Jawi haruslah dipentingkan dan dikembangkan kerana tulisan Jawi mempunyai nilai estetika yang tinggi, klasik dan unik. Namun, tulisan ini makin tidak difahami oleh generasi muda kini kerana kelemahan generasi muda dalam mempelajari tulisan jawi. Banyak golongan muda yang tidak boleh memahami isi yang terkandung dalam al-Quran dan ini akan menyebabkan akidah mereka goyah dan boleh membawa mereka terpesong. Guru-guru memainkan peranan yang penting terhadap apa yang berlaku ini dan perlu mempunyai kemahiran yang seadanya. Kepincangan semakin seirus kerana pihak yang bertanggungjawab memandang enteng tentang isu ini.
Tulisan Jawi mempunyai kepentingan untuk menjalin hubungan silaturahim sesama sendiri dan sebagai bahasa yang ada kaitan yang unggul dan penting kepada jati diri dan unsur Islam yang mendasari kekuatan diri bangsa Melayu. Namun proses pembinaan jati diri bangsa Melayu dan hubungan baik antara bangsa di negara ini akan tercipta sendiri.
Seni khat yang terdapat dalam tulisan Jawi terutama dalam pelbagai manuskrip Melayu dari zaman awal hingga abad ke-20 telah mengembangkan lagi tulisan Jawi. Kebanyakan manuskrip Melayu itu ditulis dalam bentuk khat gaya Naskhi yang dipengaruhi gaya Ta’liq, walaupun pada permulaan kemunculannya yang berbentuk gaya Thuluth yang terpengaruh dengan gaya Muhaqqaq dan Raihani. Pada penghujung abad ke-19 dan abad ke-20, kebanyakan karya dalam tulisan Jawi dicetak dengan mesin dan kebanyakan bentuk khatnya dalam gaya Nashki tetapi judul buku, tajuk, kepala halaman dan sebagainya ditulis dalam pelbagai gaya seperti Thuluth, Ta’liq, Dewani, Riq’ah dan lain-lain.
Tulisan jawi memainkan peranan yang amat penting dalam mendukung perjuang keislaman dan kemelayuan. Pendidikan juga telah berkembang dan telah disampaikan kepada orang-orang Melayu, khususnya generasi tua dahulu melalui tulisan Jawi. Malangnya, sistem pendidikan kebangsaan lebih memberi penekanan terhadap tulisan rumi dalam pengajaran dan ini akan meyebabkan kepupusan tulisan Jawi.
Tulisan jawi perlu dan wajib diperkasa semula kerana merupakan khazanah yang sangat bernilai untuk negara kita. Ramai yang menggunakan alasan kedominan bahasa Inggeris menjadikan halangan kepada masyarakat Melayu untuk tidak mempelajari tulisan Jawi.
Rumusan dan Cadangan
Tulisan jawi perlu diterapkan pada masa kini. Dalam dunia yang serba moden kini, hal yang dianggapkan bosan seperti ini perlulah disemai minat sejak dari kecil lagi. Oleh hal yang demikian wajarlah tulisan Jawi ini diajar, dilatih, dipupuk minatnya sejak bermulanya pendidikan seseorang itu. Melalui sistem pendidikan, menulis, mengingat konsep bagi tulisan Jawi boleh diserap dan menjadi subjek utama terutama dalam subjek di setiap sekolah. Teknik pembelajaran tulisan Jawi ini boleh dipelbagaikan sama seperti tulisan lain dengan cara seperti menghafal, menyanyi dan mempraktikkan dalam seni penulisan.
Dapat kita lihat juga tulisan Jawi dijadikan Bahasa Arab serta al-Quran yang menjadi bahasa syurga.
Tulisan Jawi juga boleh diserap masuk ke dalam sistem Pendidikan bahasa Melayu di sekolah kerana dapat menghapuskan pemikiran kolot manusia yang beranggapan bahawa tulisan Jawi merupakan bahasa agama Islam bagi bangsa Melayu sahaja.
Ibu bapa juga memainkan peranan yang sangat penting iaitu pendidikan seseorang itu haruslah bermula dari kecil di rumahnya kerana sekurang-kurangnya anak-anak mempunyai asas penulisan serta pengetahuan dalam membaca Jawi.
Tulisan Jawi ini juga perlu harus diajar di universiti. Hal ini kerana murid-murid seharusnya menguasai pelbagai jenis bahasa untuk digunakan pada masa hadapan dan bukan hanya mengenal dan menghafal sejenis tulisan sahaja.
Kerajaan juga boleh memaparkan tulisan jawi pada papan tanda di bahu jalan, banting-banting pengiklanan produk mahupun program selain daripada bahasa-bahasa lama kita selalu nampak iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
Refleksi Kendiri
Semasa dalam mempelajari tulisan jawi ini, saya merasa gembira kerana dapat mempelajari tulisan yang baharu. Walaupun agaknya susah bagi bangsa Cina tetapi untuk tulisan ini agak menarik minat saya untuk mengetahui lebih dalam. Sekarang saya sudah mampu menulis semua perkataan tulisan jawi dan juga beberapa perkataan dengan merujuk kertas yang diberikan oleh pensyarah.
Penulisan ini juga telah banyak membuka dimensi pemikiran baru saya terhadap tulisan Jawi bukan hanya sejenis perkataan. Pensyarah juga telah memberikan banyak bantuan untuk membantu mengenal perkataan tersebut.
Pengakuan
Blog ini dikendali sepenuhnya oleh Angel Lee Jia Hui untuk tujuan kursus Tulisan Jawi(BKTKJ 1773) yang dikelolakan oleh Dr. Mohd Saipuddin Suliman di bawah Program Pengajian Bahasa Melayu, Jabatan Pengajian Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Kolej Universiti Selatan. Sebarang pindah milik maklumat adalah tidak dibenarkan melainkan dengan keizinan pemilik Emel:leejiahuiangel97@gmail.com
订阅:
博文 (Atom)
-
Di Tanah Melayu dan juga Malaysia, tulisan Jawi sudah menjadi satu tulisan yang semakin berkembang dan juga lebih pesat daripada tulisan Ru...
-
Marsden telah memperkatakan tulisan Jawi dalam buku yang ditulisnya iaitu A Grammar of the Malayan Language London pada tahun 1812. Mar...
-
Tulisan jawi perlu diterapkan pada masa kini. Dalam dunia yang serba moden kini, hal yang dianggapkan bosan seperti ini perlulah disemai mi...