Tulisan Jawi merupakan tulisan yang digunakan pada Batu Bersurat Terengganu yang menunjukkan iaitu pengaruh agama Islam di kawasan Tanah Melayu. Tulisan Jawi juga merupakan sejenis seni penulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara. Kemunculan tulisan jawi berkait dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal daripada tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan Jawi adalah tulisan rasmi bagi negara Brunei dan digunakan secara luas di Malaysia, Filipina dan Indonesia.
Tulisan Jawi merupakan antara tulisan terawal yang ditemui. Pada abad ke-17, tulisan Jawi berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh. Kewujudan tulisan ini di Malaysia dibuktikan adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang ditemui paling awal adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding dengan tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi untuk Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu. Pada zaman dahulu, tulisan jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat dan digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. Contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris.
Tulisan Jawi mempunyai ciri-ciri tertentu. Terdapat empat ciri utama yang terdapat pada Skrip Jawi iaitu tulisan ini bertindak secara menegak, ligatur, aksara-aksara berbaris atau mempunyai titik.
Aksara Jawi mempunyai 36 aksara dimana 30 aksara adalah merupakan aksara yang dipinjam dari Aksara Arab dan Enam Abjad tambahan.
没有评论:
发表评论